Pelan Strategik Panitia Bahasa Melayu
Istilah pengurusan seringkali dikaitkan dengan empat aktiviti penting yang dikenali dengan singkatan POLC. Empat komponen ini adalah merancang (P – Planning), Mengelola (Organizing – O), Memimpin (Leading – L) dan Mengawal (Controlling – C). Manakala strategi pula boleh kaitkan dengan rancangan yang disusun kemas dan teratur dalam usaha mencapai matlamat atau kejayaan sesebuah organisasi.
Dengan kata lain, pengurusan strategik merupakan aktiviti merancang, mengelola, memimpin dan mengawal yang disusun secara kemas dan teratur bagi mencapai matlamat sesebuah organisasi. Konsep pengurusan strategik amat penting diketahui, difahami dan seterusnya diaplikasi oleh pengurus atau pentadbir di sesebuah organisasi.
Dalam melaksanakan sebarang aktiviti, pengurusan strategik dilihat sebagai keperluan asas dalam menjamin keberkesanan dan kejayaan organisasi tersebut. Dalam konteks penulisan ini, pengurusan strategik dilihat sebagai salah satu elemen terpenting bagi setiap individu sama ada sebagai pemimpin atau pengurus di sesebuah organisasi.
Pengurusan strategik juga dikenal pasti sebagai pentas bagi pengurus atau pentadbir untuk mengendalikan program-program yang dilaksanakan di organisasi. Segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari secara teori, dapat diaplikasikan melalui program-program berasaskan konsep pengurusan strategik ini.
Mesyuarat guru-guru Bahasa Melayu Perlantikan Penyelaras dan AJK program, Cadangan program & aktiviti, Perbelanjaan, Penentuan tarikh-tarikh dan tempat
Hari Program seperti Taklimat kepada murid-murid yang dipilih oleh Penyalaras Program, Murid membawa kad bahasa yang telah disediakan oleh guru Pemulihan Murid membaca kad-kad tersebut dengan dipantau oleh guru-guru, Guru membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh murid dan Pengiktirafan kepada murid yang menyertai program dan penutupan program
Berikut merupakan koleksi perancangan pelan panitia bahasa melayu
Terima kasih.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]