Pelan Strategik Panitia Matematik
Istilah pengurusan seringkali dikaitkan dengan empat aktiviti penting yang dikenali dengan singkatan POLC. Empat komponen ini adalah merancang (P – Planning), Mengelola (Organizing – O), Memimpin (Leading – L) dan Mengawal (Controlling – C). Manakala strategi pula boleh kaitkan dengan rancangan yang disusun kemas dan teratur dalam usaha mencapai matlamat atau kejayaan sesebuah organisasi.
Dengan kata lain, pengurusan strategik merupakan aktiviti merancang, mengelola, memimpin dan mengawal yang disusun secara kemas dan teratur bagi mencapai matlamat sesebuah organisasi.
Konsep pengurusan strategik amat penting diketahui, difahami dan seterusnya diaplikasi oleh pengurus atau pentadbir di sesebuah organisasi.
Dalam melaksanakan sebarang aktiviti, pengurusan strategik dilihat sebagai keperluan asas dalam menjamin keberkesanan dan kejayaan organisasi tersebut. Dalam konteks penulisan ini, pengurusan strategik dilihat sebagai salah satu elemen terpenting bagi setiap individu sama ada sebagai pemimpin atau pengurus di sesebuah organisasi.
Pengurusan strategik juga dikenal pasti sebagai pentas bagi pengurus atau pentadbir untuk mengendalikan program-program yang dilaksanakan di organisasi. Segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari secara teori, dapat diaplikasikan melalui program-program berasaskan konsep pengurusan strategik ini.
Antara kepentingan pengurusan strategik dalam pengurusan program atau projek di organisasi adalah seperti berikut iaitu merupakan suatu rangka kerja yang tersusun dan sistematik dan membantu organisasi membuat ramalan masa depan dengan tepat dan membolehkan organisasi membuat tindakan proaktif bagi menghadapi sebarang perubahan.
Berikut merupakan koleksi perancangan pelan panitia matematik
pelan strategik panitia matematik
Terima kasih.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]