Percubaan UPSR Matematik Set 1
Jika diamati betul-betul, berapa hari lagi tinggal waktu belajar atau ulangkaji murid jika kita tolak semua cuti, waktu tidur dan pelbagai perkara lagi. Masa yang tinggal ini harus digunakan oleh murid sebaik mungkin.
Antara bahan yang pastinya akan diberikan kepada murid-murid adalah soalan -soalan percubaan upsr daripada pelbagai negeri dan sumber. Soalan percubaan menjadi popular kerana soalan percubaan UPSR merupakan soalan yang paling lengkap dan meliputi semua kandungan pembelajaran murid dari tahun 1 hingga tahun 6.
Soalan percubaan juga merupakan salah satu bahan persediaan kepada murid untuk menghadapi peperiksaan yang akan berlangsung kelak.
Soalan percubaan yang popular adalah dari JPN Negeri Terengganu dan Negeri Kelantan. 2 negeri sering menjadi tumpuan guru-guru di Malaysia. Selain soalan dari JPN, soalan dari institusi atau badan bukan pendidikan juga menjadi pilihan murid seperti soalan dan bahan pendidikan dari Berita Harian.
Antara contoh soalan yang terdapat dalam kertas ini adalah…
Dalam sebuah tabung terdapat beberapa keping duit syiling 5 sen, 10 sen dan 50 sen . Apakah kebolehjadian untuk mengeluarkan duit syiling 20 sen ?
Salim mempunyai 3 gulung reben. Panjang setiap gulung adalah 2.5m. Salim menggunakan 4m reben untuk membungkus beberapa bungkus hadiah. Hitung panjang reben, dalam m, yang masih tinggal?
Sebuah syarikat percetakkan majalah menjual 145 350 naskah dalam bulan Januari. Penjualannya meningkat sebanyak 14 500 naskah pada bualan Februari. Berapakah jumlah naskah majalah yang dijual pada kedua-dua bulan tersebut?
Dalam satu ujian Matematik, Hakim menjawab 34 soalan dengan betul daripada 40 soalan. Hitung peratus markah bagi soalan yang salah.
Berikut merupakan soalan percubaan UPSR Matematik bagi set 2.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
Syarah daheya binti sharizan
Peperiksaan upsr 2019