Percubaan UPSR Terengganu 2017 Sains Kertas 2
Untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Ujian seperti ini biasanya disebut sebagai praujian atau ‘pretest’.
Daripada ujian inilah guru-guru biasanya dapat merancang dan merencanakan pengajaran yang seterusnya. Hasil ujian tersebut dapat memberikan gambaran kepada guru-guru tentang keupayaan pelajar mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran.
Antara soalan-soalan yang sangat popular sebelum bermulanya UPSR adalah soalan percubaan UPSR dari pelbagai negeri. Dan semestinya soalan dari negeri Terengganu dan Kelantan merupakan soalan yang sangat popular.
Boleh dikatakan soalan dari Terengganu dan Kelantan ini merupakan soalan yang wajib dijawab oleh semua murid di Malaysia sebelum tibanya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang sebenar yang bermula pada September nanti.
Soalan dari Terengganu dan Kelantan ini menjadi sangat popular kerana ramai yang beranggapan bahawa soalan dari Terengganu dan kelantan ini merupakan soalan yang sangat berkualiti kerana ramai penggubal soalan upsr Malaysia merupakan guru pakar dan guru cemerlang dari dua negeri ini.
Latih tubi adalah aktiviti membuat latihan bagi setiap subjek terutamanya latihan bagi soalan-soalan yang biasa disoal dalam peperiksaan. Tahu dan hafal semua maklumat tidak menjamin kita mendapat A. Gred A ialah untuk pelajar yang boleh jawab soalan mengikut skema jawapan yang telah diberikan. Maksudnya, jika kita mahu dapat gred A, kita kena tahu bagaimanakah bentuk soalan yang bakal ditanya dan kita perlu tahu bagaimana mahu menjawabnya. Ini akan dapat dicapai dengan melakukan latih tubi.
Berikut merupakan soalan percubaan sains negeri terengganu 2017 bagi kertas 2
Sains Kertas 2 Terengganu 2017
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com