Rancangan Pengajaran Harian Sekolah Rendah Minggu ke 27
Rancangan pengajaran ialah rangka kerja yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pegajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan.
Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Rancangan ini sangat penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas.
Rancangan Pengajaran Harian yang dibina haruslah berdasarkan Rancangan Tahunan. Selain itu, butiran yang perlu dicatatkan dalam Rancangan Pengajaran Harian adalah hari dan tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi.
Jika pada hari itu guru tersebut masuk mengajar 3 kelas mata pelajaran, maka, guru tersebut perlu menyediakan 3 rph pada hari tersebut yang lengkap sebelum dapat masuk ke dalam kelas untuk mengajar.
Bagi guru yang gagal menyediakan RPH sebelum masuk ke kelas dan dipantau oleh pihak atasan, guru tersebut boleh dikenakan tindakan dan diminta untuk menyediakan surat tunjuk sebab. Disebabkan itulah, banyak sekolah di mana pentadbirnya akan meminta guru untuk menghantar buku atau fail rph untuk disemak pada setiap minggu.
Berikut merupakan koleksi RPH bagi minggu ke 27 iaitu 9 Julai – 14 Julain 2017. Kongsikan kepada rakan guru anda.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]