Tiket flight hujung tahun dah harga RM 3000, di mana waran??
Terdapat kiriman yang diterima pada 3 Julai 2017 iaitu Isnin daripada seorang guru yang telah berkhidmat hampir enam tahun di Bintulu Sarawak. Difahamkan, guru tersebut berkhidmat di daerah di Tatau /Sebauh /Bintulu, di bahagian Bintulu Sarawak.
Kiriman cikgu ini ingin memberitahu bahawa walaupun sudah memasuki bulan Julai, namun, khabar berita daripada pihak kewangan atau yang berkaitan berkenaan dengan waran penerbangan belum lagi didengari walau sedikit.
Bagi mereka yang bukan guru, waran penerbangan udara ini diberikan sekali setahun kepada kakitangan kerajaan yang bertukar wilayah sama ada yang berasal dari semenanjung yang berkhidmat di Sabah, Sarawak, Labuan ataupun sebaliknya. Mereka ini berhak mendapat tiket percuma ataupun waran penerbangan percuma untuk diri sendiri dan keluarga.
Apa yang lebih difahamkan lagi, permohonan telah dihantar pada Oktober tahun lepas, namun, pihak berkait masih diam membisu.
Apa yang lebih merungsingkan guru itu lagi adalah berkenaan bahawa harga tiket penerbangan akan terus melambung tinggi jika semakin hampir dengan tarikh penerbangan.
Namun, apa yang pasti menyedihkan adalah jika waran penerbangan diberi pada Oktober 2017 nanti, dan dijadikan cerita di mana nama cikgu tersebut tercicir, maka sempat atau tidak untuk dibuat permohonan baru mendapatkan tiket penerbangan tersebut. Jikalau tidak sempat, pastinya guru tersebut akan mengeluarkan wang belanja sendiri bagi membeli tiket untuk pulang ke kampung di hujung tahun.
Yang pasti, jika membeli tiket penerbangan begitu hampir dengan masa membuat tempahan, maka harga tiket tersebut pastinya melambung tinggi dek kerana kerusi ataupun kekosongan di dalam kapal terbang semakin berkurang.
Bayangkan jika hendak membeli tiket dua hala dari Bintulu Sarawak ke Kuala Terengganu pada akhir tahun nanti sudah mencecah RM 3000. Berikut merupakan contoh tempahan tiket jika menggunakan perkhidmatan AirAsia untuk suami isteri bersama dua orang anak. Contoh ini merupakan penerbangan bagi sekeluarga suami isteri mempunyai 2 orang anak untuk pulang pada hujung tahun dari Bintulu ke Kuala Terengganu dan sebaliknya.
Rajah di atas untuk jumlah yang perlu dibayar oleh keluarga tersebut bagi penerbangan 2 hala di antara bintulu – kuala lumpur. Bagi penerbangan laluan ini, lebih Rm 2 ribu diperlukan oleh keluarga tersebut untuk menempah tiket. Ini belum termasuk dengan kos insurans, bagasi, makanan dan pelbagai caj lain.
Rajah di atas pula adalah bagi penerbangan dua hala dari kuala lumpur – kuala terengganu. Bagi penerbangan laluan ini, hampir RM1 K diperlukan oleh keluarga tersebut untuk menempah laluan KL – Kuala Terengganu. Sesetengah orang yang tidak merasa, pasti akan berkata beli lah tiket bas. Lagi jimat. Takpun suruh saudara mara ambil di Kuala Lumpur.
Berdasarkan contoh di atas, RM 3 ribu diperlukan jika mahu menempah tiket penerbangan pada masa sekarang untuk digunakan pada 5 bulan yang akan datang.
Jadi, diharap perkongsian sebegini dapat memberi dan membuka mata orang yang menguruskan waran penerbangan untuk guru-guru yang bertukar wilayah. Bagi mereka yang banyk duit, pastinya ini bukan masalah. Tetapi bagi mereka yang ikhlas dan tekun serta gigih mendidik anak murid dengan mengharapkan gaji daripada kerja tersebut, RM 3ribu ini tersangatlah besar. Dan bayangkanlah jika hanya si Suami yang bekerja, manakalah si isteri hanyalah suri rumah tangga.
Jika waran masih belum diberikan dan diedarkan kepada guru, pastinya harga yang perlu dibayar oleh guru melebih jumlah di atas, dan tidak mustahil bertambah sekali ganda menjadi hampir RM 6 ribu.
Kongsikan apa yang telah diluahkan oleh rakan guru kita ini, mendapat perhatian daripada mereka yang berkenaan. Kadangkala, duit sudah diluluskan, tapi berhenti setengah jalan, ada yang dapat separuh jalan, dan ada yang tak dapat terutamanya bagi suami/isteri yang memohon kadar bujang.
Harga tiket di atas menggunakan perkhidmatan Air Asia kerana pastinya penerbangan tambang murah ini lebih murah berbanding syarikat penerbangan yang lain.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]