Percubaan SPM Ekonomi Asas Melaka 2017
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ibubapa dan murid itu sendiri yang dapat mencetak sendiri soalan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan spm nanti.
Antara contoh soalan dalam kertas ini adalah seperti :
Pada 1 Januari 2013 kerajaan melaksanakan Dasar Gaji Minimum. Dasar ini dilaksanakan kerana sebelum ini pekerja kilang dan ladang di Malaysia menerima gaji bulanan kurang daripada RM800.
Dasar ini menetapkan gaji minimum RM900 sebulan di Semenanjung dan RM800 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan.
Lambakan barangan dan kraftangan dari negara jiran di pasaran negara dilihat sebagai salah satu ‘ancaman’ kepada perkembangan industri kraftangan negara. Kerajaan akan mengenakan antilambakan sekiranya terdapat barangan yang diimport memudaratkan industri tempatan.
Berikut merupakan kertas soalan peperiksaan percubaan spm ekonomi asas melaka.
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com