Percubaan SPM Sejarah SBP 2016
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ibubapa dan murid itu sendiri yang dapat mencetak sendiri soalan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan spm nanti. Contoh soalan sejarah sbp.
Apakah kepentingan Piagam Madinah yang dirangka oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622 Masihi?
Dasar sosial Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah telah menarik minat orang Kristian untuk memeluk Islam. Mengapakah orang Kristian berminat memeluk Islam?
Bagaimanakah Land Settlement Order yang diperkenalkan oleh British di Sarawak pada tahun 1933 dapat melindungi tanah milik peribumi? Apakah tindakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) yang menyebabkan Mat Salleh bangkit menentang SBUB di Sabah?
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang dikuatkuasakan pada tahun 1895 mempunyai ciri asas bagi pembinaan negara dan bangsa. Apakah kepentingan undang-undang tersebut?
Dalam Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) yang diadakan pada 27 Julai 1955, Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Apakah tindakan Tunku Abdul Rahman selepas berjaya memenangi pilihan raya?
Berikut adalah soalan percubaan spm sejarah sbp.
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]