Percubaan PT3 Matematik SMKpg
PT3 merupakan suatu pentaksiran yang bersifat holistik. Ini disebabkan ia turut memberikan pemberatan terhadap pencapaian dalam bidang kokurikulum. Keupayaan pelajar dalam bidang sukan, permainan, olahraga, persatuan, kelab dan pasukan beruniform akan dinilai dan diberikan markah.
Bagi memastikan pengurusan PT3 ditadbirkan dengan berkesan Lembaga Peperiksaan akan sentiasa memantau dan menilai pelaksanaannya. Bahagian itu akan menyediakan garis panduan dari segi standard jawapan dan menyelaraskan skor markah. Oleh itu semua pihak tidak perlu bimbang atau sangsi dari segi kesahihan dan kebolehpercayaan pentaksiran itu kerana akan sentiasa diawasi dan dinilai oleh Lembaga Peperiksaan dari semasa ke semasa.
Berikut merupakan contoh soalan percubaan PT3 Matematik.
Maiza mempunyai RM30. Adakah wang itu cukup untuk membeli semua barang yang dikehendaki? Beri alasan anda Maiza has RM30. Is the money enough to buy all the things that she wanted? Give your reasons
Ramli mempunyai sejumlah guli di dalam sebuah beg.Nisbah bilangan guli tiga jeniswarna adalah seperti ditunjukkan d bawah. Ramli has some marbles in a bag. The ratio of the number of marbles of three different colours is shown below.
Pak Mamat mempunyai sebidang tanah yang berbentuk segi empat tepat. Satu kawasanberbentuk segi tiga akan dijadikan kawasan penanaman sayur-sayuran selebihnya akan ditanam dengan pokok buah-buahan.
Rajah di bawah menunjukkan perjalanan En Fitri dari bandar K ke Bandar R melaluiBandar P. En Fitri menggunakan 1 jam untuk memandu dari Bandar K ke Bandar P. Dia kemudian mengambil masa 1Ό jam untuk memandu dari Bandar P kebandar R.
Berikut adalah soalan percubaan matematik PT3.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com