Percubaan SPM Sains Kelantan 2016
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ibubapa dan murid itu sendiri yang dapat mencetak sendiri soalan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan spm nanti. Antara contoh soalan sains
Pelangi merupakan spektrun cahaya terbesar yang dapat dilihat di langit apabila terdapat sinaran cahaya matahari ketika hujan gerimis. Apakah yang menyebabkan pembentukan spektrum cahaya itu.
Apakah warna yang akan kelihatan apabila cahaya putih melalui turas warna pertama kuning dan turas warna kedua sian.
Difteria dan campak merupakan penyakit berjangkit yang menyerang kanak kanak dan boleh membawa maut. Bagi mengatasi masalah ini, suntikan vaksin perlu dilakukan bagi mempertingkatkan tahap keimunan kanak kanak. Apakah jenis keimunan tersebut.
Rajah menunjukkan tiga satelit komunikasi. Apakah kemungkinan yang berlaku jika salah satu satelit tersebut tidak berfungsi.
Berikut merupakan soalan percubaan spm sains kelantan 2016.
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]