Percubaan SPM Sejarah Kelantan 2016
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ibubapa dan murid itu sendiri yang dapat mencetak sendiri soalan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan spm nanti. Antara contoh soalan sejarah adalah.
Gambar menunjukkan tokoh yang telah menekankan ciri kehidupan bandar yang bertamadun melalui karyanya muqaddimah. Apakah ciri kehidupan yang dimaksudkan beliau?
Nabi Muhammad S.A.W berjaya membuka semula kota Makkah pada tahun 630 Masihi bersamaan tahun 8 hijrah. Apakah peristiwa yang mempercepatkan pembukaan semula kota tersebut.
Apakah pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dalam sistem pertahanan negara.
Perjanjian persekutuan tanah melayu telah ditandatangani oleh Raja raja Melayu dan British pada 15 Ogos 1957. Apakah kesan perjanjian tersebut.
Maklumat berikut berkaitan dengan Perlembagaan Malaysia. Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang boleh dilucutkan taraf kewarganegaraan. Apakah perkara yang membolehkan kerakyatan seseorang dilucutkan.
Berikut adalah soalan sejarah kelantan 2016.
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]