Percubaan SPM Matematik Pahang 2017
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Antara contoh soalan dalam kertas ini adalah seperti :
Diberi bahawa 50 buah pepejal logam berbentuk kiub, setiap satu dengan panjang sisi adalah 80cm, telah dileburkan untuk membentuk 20 buah pepejal sfera yagn serupa. Cari isipadu dalam cm3 setiap pepejal sfera itu.
T ialah imej bagi P di bawah satu putaran 90 darjah lawan arah jam. Antara titik A, B, C atau D, yang manakah pusat putaran itu?
Rajah menunjukkan bayaran yuran penyertaan bagi Kursus Motivasi Pelajar yang dianjurkan oleh Syarikat Cemerlang Sdn Bhd. Bayaran untuk 13 pelajar sekolah menengah dan 9 pelajar sekolah rendah ialah RM920. Tulis persamaan bagi bayaran untuk seorang pelajar sekolah rendah dalam sebutan bayaran untuk seorang pelajar sekolah menengah.
Terdapat 11 orang pekerja di dalam Syarikah Maju Holdings. 5 orang pekerja pejabat mendapat elaun kereta sebanyak RM700 setiap orang. 6 orang pekerja pengurusan tinggi masing-masing mendapat elaun kereta RM2500, RM2600, Rm 2700, Rm 200, Rm 2900 dan RM 3000. Nyatakan media bagi elaun kereta.
Dalam satu kumpulan 462 orang bagi pasukan bola sepak, 340 ialah pelajar lelaki. Dalam pengambilan kedua, 48 orang pelajar perempuan lagi menyertai pasukan itu. Jika seorang pelajar dipilih secara rawak daripada pasukan itu, nyatakan kebarangkalian bahawa pelajar yang dipilih itu pelajar perempuan.
Antara soalan modul matematik bagi negeri Pahang
matematik kertas 1 set 1 pahang
jawapan matematik kertas 2 pahang
jawapan matematik kertas 2 set 1 pahang
matematik kertas 2 set 1 pahang
berikut merupakan spm matematik 2017 dari pahang
soalan percubaan matematik kertas 2 Pahang 2017
SKEMA Matematik Kertas 2 T5 Pahang
SKEMA Matematik Kertas 1 T5 Pahang
soalan percubaan matematik kertas 1 Pahang 2017
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com