Percubaan SPM Matematik Selangor 2017
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Antara contoh soalan dalam kertas ini adalah seperti :
Rajah 11 menunjukkan dua batang tiang mencancang EF dan TH di atas tanah mengufuk. Sudut dongakan E dari J ialah 90 darjah. jarak di antara dua batang tiang ialan 9 m. Cari tinggi TH kepada meter terhampir.
Isipadu suatu bekas air V berubah secara langsung dengan kuasa tiga jejarinya r. Dengan menggunakan k sebagai pemalar, ungkapkan k dalam sebutan V dan r.
Graf OPQR mewakili perjalanan Maria dari bandar X ke bandar Y. Graf ST mewakili perjalanan Mira dari bandar Y ke bandar X. Maria bertolak dari bandar X dan Mira bertolak dari bandar Y pada masa yang sama dan melalui jalan yang sama antara dua bandar itu.
Nyatakan tempoh masa dalam jam kereta itu berhenti.
Jika kedua-dua kenderaan bertolak pada 1030 pagi, pada pukul berapakah kedua-dua kenderaan itu bertemu. Cari jarak dalam km dari bandar Y apabila Maria dan Mira bertemu.
Rajah 15.1 menunjukkan sebuah prisma dengan segi empat tepat ABCD dan EFGH ialah satah mengufuk. Segi empat tepat ADEF dan trapezium ABGH dan CDEH adalah satah mencancang.
Berikut merupakan soalan percubaan spm matematik dari selangor tahun 2017.
Percubaan SPM 2017 Matematik Dari Selangor
Math Selangor K1 (Soalan) [Set A]
Math Selangor K2 (Skema Jawapan) [Set A]
Math Selangor K2 (Soalan) [Set A]
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com