Koleksi Soalan Peperiksaan Percubaan SPM Kelantan 2017
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ibubapa dan murid itu sendiri yang dapat mencetak sendiri soalan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan spm nanti.
Antara soalannya Rajah menunjukkan suhu bumi semakin meningkat akibat daripada aktiviti manusia yang tidak terkawal. Fenomena ini dikenali sebagai pemanasan global. Huraikan cara untuk mengatasi masalah ini.
Rajah menunjukkan tiga contoh bahan radioaktif. Kaji bahan bahan dalam rajah di atas dan bina konsep bahan radioaktif. Jawapan anda hendaklah berdasarkan aspek berikut.
Berdasarkan maklumat yang diberi dalam situasi berikut, cadangkan satu eksperimen untuk menyiasat perkaitan di antara kelembapan dengan kadar pereputan bahan itu menggunakan agar agar, agar agar kering, kultur Bacilus Subtilis dan radas lain.
Satelit segerak iaitu satelit yang mengorbit mengikut arah dan halaju putaran bumi bagi mendapat liputan yang jelas di seluruh dunia. Berapakah satelit segerak yang digunakan.
Berikut merupakan kertas soalan percubaan spm 2017 untuk pelbagai subjek.
Trial SPM matematik Tambahan kelantan
Trial SPM bahasa arab kelantan
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com