Koleksi Soalan Peperiksaan Percubaan SPM MRSM 2017
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ibubapa dan murid itu sendiri yang dapat mencetak sendiri soalan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan spm nanti.
Antara contoh soalan
Kejuruteraan genetik adalah amalan saintifik untuk mengubahsuai gen organisma hidup. Ianya biasa digunakan dalam pertanian dengan mengubahsuai struktur DNA secara pengklonan molekul dan kaedah-kaedah lain. Hasil dari organisma terubahsuai secara genetik GMO adalah makanan terubahsuai genetik.
Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan kebaikan kebaikan dan risiko risiko menggunakan organisma terubahsuai secara genetik dalam pertanian untuk meningkatkan penghasilan makanan.
Seorang pelajar telah menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji kadar pernafasan ke atas seorang atlit. Nyatakan nilai perubahan isipadu udara dan kadar pernafasan atlit tersebut. Terangkan mengapa isipadu udara dalam peparu semasa fasa latihan intensif lebih tinggi berbanding dengan fasa rehat.
Berikut merupakan kertas soalan percubaan spm 2017 untuk pelbagai subjek.
Percubaan SPM MRSM Pendidikan ISlam
Percubaan SPM matematik tambahan
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com