Percubaan SPM Tasawwur Kedah 2017
Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan satu penilaian yang diadakan di penghujung waktu pendidikan murid di peringkat menengah. SPM ini boleh dikatakan sebagai tiket emas kepada pelajar untuk memasuki pelbagai aliran dan pusat pendidikan pengajian tinggi.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ibubapa dan murid itu sendiri yang dapat mencetak sendiri soalan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan spm nanti.
Antara contoh soalan adalah seperti
Masyarakat kini mudah terpengaruh dengan fahaman anti hadis. Pada pandangan anda, apakah implikasi yang akan berlaku sekiranya masalah ini tidak dibendung.
Remaja adalah aset penting sesebuah negara. Namun begitu sebilangan besar remaja hari ini terlibat dengan gejala sosial. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku. Bincangkan.
Islam mengharamkan riba. Namun begitu terdapat sistem perbankan yang masih mengamalkan riba dalam urusniaga mereka. Sebagai pelanggan, bagaimanakah anda mengatasi masalah ini
Tingkah laku tidak menghormati guru masih lagi berlaku di sekolah. Huraikan tiga cara yang boleh anda lakukan untuk membantu menangani masalah tersebut.
Perpecahan dan persengketaan di kalangan masyarakat semakin parah pada masa kini . Jelaskan tiga punca berlakunya masalah perpecahan dan persengketaan di kalangan masyarakat kini ?
Berikut merupakan soalan percubaan spm tasawwur kedah 2017.
Semoga bermanfaat kepada guru dan calon peperiksaan.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com