Percubaan SPM Biologi 2017 Pahang
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Berikut merupakan contoh soalan trial biologi ini
The cell undergo process X to become specific cells that perform a specific function. Name the process X. Sel mengalami proses X untuk menjadi sel khusus yang menjalankan fungsi yang khusus.Namakan proses X.
Describe what happen to the individual that take the high protein in daily diet if the pancreas failed to function. Terangkan apa yang berlaku kepada individu yang mengambil kandungan protein yang tinggi dalam diet hariannya jika pankreas gagal berfungsi.
Pancreas ialah salah satu kalenjar endokrin yang terlibat dengan mengawalatur aras glukosa dalam darah manusia.Terangkan bagaimana pankreas bertindak apabila seorang individu mengambil karbohidrat yang berlebihan semasa sarapan pagi.
A pregnant women found her urine contain sugar when tested with benedict solution. Wanita hamil mendapati air kencingnya mengandungi gula apabila diuji dengan larutan benedict. State the health problem faced by the pregnant women. Nyatakan masalah kesihatan yang dihadapi oleh wanita hamil itu.
Rajah 2.3 menunjukkan lutut En. Sam yang mengalami osteoathritis. Dia telah pergi ke hospital bagi mengurangkan kesakitannya.Pakar Ortopedik menggantikan sendi yang rosak dengan sendi palsu diperbuat daripada plastik atau besi seperti dalam rajah 2.4.
In one incident, a farm that was raising cloned sheep, had its sheep population of 50 000 all wiped out within a week due to a viral infection. Dalam satu kejadian di sebuah ladang yang membela biri-biri yang diklonkan, kesemua populasi biri-biri sebanyak 50 000 telah mati dalam masa seminggu akibat jangkitan virus.
Berikut merupakan soalan biologi SPM 2017 dari pahang.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com
Mui
Minta kertas soalan percubaan ekonomi asas dari negeri Pahang. terima kasih