Ramalan UPSR Sains 2017 daripada Bahan Didik 21 Ogos 2017
UPSR 2017 semakin hampir. Apa yang pasti, semakin hampir UPSR semakin banyak pula soalan dan modul yang dikongsikan oleh rakan-rakan guru. Selain itu, terdapat juga pelbagai soalan spot atau ramalan yang dikongsikan dan ditularkan dalam media sosial.
Rata-rata rakan guru tidak berputus asa dan masih bersemangat tinggi dalam menyediakan pelbagai bahan kepada murid menjelang bermulanya UPSR.
Tular sekarang soalan soalan UPSR Sains yang dikatakan mirip UPSR. Entah benar atau tidak. Yang pasti, selagi ada masa selagi itulah peluang kita untuk berusaha. Soalan yang dikatakan mirip adalah dari sisipan akhbar Berita Harian iaitu daripada majalah Didik untuk 21 Ogos, 23 Ogos dan 4 September.
Antara contoh soalan sains dalan Didik 21 Ogos 2017.
Apakah yang akan berlaku jika burung helang dan burung hantu diletakkan bersama-sama dengan tikus dalam sangkar?
Damia menuang tiga jenis cecari ke dalam tiga buah bekas berbeza. Masa yang diambil untuk cecair mengalir telah direkodkan dalam jadual 1. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat.
Lili mendapati stoking yang ingin dipakainya ke sekolah pada waktu pagi masih berkeadaan lembap. Antara berikut, yang manakah cara paling cepat untuk mengeringkan stokingnya itu.
Di beberapa buah negara maju seperti Jepun, tenaga nuklear digunakan untuk menjana tenaga elektrik. Namun begitu, penggunaanya adalah terkawal dan tidak boleh digunakan sesuka hati. Berikan alasan kamu?
Dengan menggunakan objek seperti kotak air dan penyedut minuman, 4 penutup botol, lidi sate, belom, pita selofan dan gunting, labelkan sebuah model kenderaan berkuasa angin di dalam ruang yang disediakan.
Berikut merupakan soalan Didik 21 Ogos 2017.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com