Percubaan Pt3 Matematik Pahang 2017
PT3 merupakan suatu pentaksiran yang bersifat holistik. Ini disebabkan ia turut memberikan pemberatan terhadap pencapaian dalam bidang kokurikulum. Keupayaan pelajar dalam bidang sukan, permainan, olahraga, persatuan, kelab dan pasukan beruniform akan dinilai dan diberikan markah.
Bagi memastikan pengurusan PT3 ditadbirkan dengan berkesan Lembaga Peperiksaan akan sentiasa memantau dan menilai pelaksanaannya. Bahagian itu akan menyediakan garis panduan dari segi standard jawapan dan menyelaraskan skor markah. Oleh itu semua pihak tidak perlu bimbang atau sangsi dari segi kesahihan dan kebolehpercayaan pentaksiran itu kerana akan sentiasa diawasi dan dinilai oleh Lembaga Peperiksaan dari semasa ke semasa.
Berikut merupakan contoh soalan percubaan PT3 Matematik dari Pahang.
Sebuah kelas mempunyai 40 orang murid. 3/5 daripada murid itu menyertai pandu puteri dan 1/4 daripadanya adalah pengakap. Murid yang lain menyertai kadet polis. Berapakah bilangan murid yang menyertai kadet polis dalam kelas itu?
Berapakah peratus peningkatan bilangan telah yang dijual dari Januari hingga Februari. Jika keuntungan yang diperoleh daripada setiap telur yang dijual adalah Rm0.15. Kira keuntungan yang diperoleh dalam tujuh bulan?
Rajah menunjukkan 2 pizza yang sama topping dan ketebalannya. Diameter dan harga pizza juga ditunjukkan. Nieda ingin membeli satu dari pizza tersebut. Pizza manakah yang patut dibelinya supaya dia dapat menggunakan wang sakunya secara yang paling efektif. Terangkan melalui pengiraan.
Bayaran masuk ke sebuah pameran adalah Rm8.00 untuk dewasa dan Rm5.00 untuk kanak-kanak. Puan Ramu membawa empat anaknya untuk ke pameran. Berapakah jumlah yang perl dibayar olehnya.
Berikut adalah kertas soalan percubaan pt3 matematik dari pahang.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com