Percubaan SPM Bahasa Melayu Perlis 2017
Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan satu penilaian yang diadakan di penghujung waktu pendidikan murid di peringkat menengah. SPM ini boleh dikatakan sebagai tiket emas kepada pelajar untuk memasuki pelbagai aliran dan pusat pendidikan pengajian tinggi.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ibubapa dan murid itu sendiri yang dapat mencetak sendiri soalan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan spm nanti.
Contoh soalan
Disiplin diri merupakan pemangkin kejayaan pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Bincangkan.
Sebagai ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa memberikan sumbangan yang bermakna demi kemajuan sekolah. Huraikan sumbangan-sumbangan tersebut.
Kerajaan sentiasa menggalakkan rakyat agar melakukan inovasi iaitu penghasilan produk baharu dan perkhidmatan yang lebih baik. Jelaskan kepentingan-kepentingan inovasi kepada rakyat dan negara.
Berikut kertas peperiksaan percubaan spm bahasa melayu perlis.
jawapan bahasa melayu perlis k2
jawapan bahasa melayu perlis k1
Semoga bermanfaat kepada guru dan calon peperiksaan.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com