Percubaan SPM Bahasa Melayu SBP 2016
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ibubapa dan murid itu sendiri yang dapat mencetak sendiri soalan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan spm nanti. Antara contoh soalan atau jawapan
Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak menyeru supaya sektor swasta meningkatkan penyertaan wanita dalam jawatan peringkat tertinggi. Beliau juga menyarankan agar syarikat korporat membuka mata untuk menilai kebolehan wanita dari sudut yang lebih signifikan.
Kerajaan mengambil inisiatif menggubal Dasar Wanita Negara. Menjamin perkongsian yang saksama antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat. Meneroka peluang dan faedah yang wujud daripada pembangunan.
Usahawan wanita disarankan agar mendaftar dengan mana-mana persatuan usahawan. Mendekatkan diri dengan jaringan yang sesuai dan menjalinkan rangkaian yang lebih luas. Berusaha merebut peluang atau peruntukan yang boleh dimanfaatkan. Jabatan Pembangunan Wanita (mesti ada) juga perlu meningkatkan kerjasama dengan institusi lain. Sikap usahawan wanita yang takut/ tidak berani menanggung risiko.
Berikut merupakan soalan bahasa melayu sbp 2016.
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]