Percubaan SPM Fizik SBP 2017
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Antara contoh soalan dalam kertas ini adalah seperti :
Dalam suatu eksperimen dwicelah Young, pinggir-pinggir merah kelihatan pada skrin apabila sumber cahaya merah digunakan. Apakah akan diperhatikan jika sumber cahaya merah digantikan dengan sumber cahaya hijau?
Rajah 34 menunjukkan label penggunaan tenaga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia bagi dua jenis peti sejuk iaitu Produk A dan Produk B.
Rajah 37 menunjukkan gegelung P disambungkan kepada satu galvanometer sifar tengah manakala gegelung Q disambungkan kepada bateri dan suis S yang ditempatkan di atas gegelung P.
Dalam proses pembelahan nuklear, 0.005 u jisim bagi unsur radioaktif telah ditukarkan kepada tenaga nuklear? Hitung tenaga yang dibebaskan?
Rajah 43 menunjukkan susunan satu sumber radioaktif dan satu alat pengesan untuk memantau ketebalan kepingan aluminium nipis di dalam sebuah kilang. Antara berikut, yang manakah adalah paling sesuai digunakan sebagai sumber radioaktif itu?
Gelombang bunyi boleh digunakan untuk merawat batu karang dalam buah pinggang tanpa memerlukan pembedahan. Rawatan ini dikenali sebagai Litotripsi Gelombang Kejutan Luar Badan (ESWL) yang menggunakan gelombang bunyi dari sumber luar untuk memecahkan batu karang tersebut kepada serpihan yang kecil supaya dapat disingkirkan keluar melalui saluran kencing.
Berikut merupakan soalan percubaan spm fizik sbp 2017. (sekolah berasrama penuh)
PHYSICS 2 TRIAL SPM SBP 7 July 2017 Marking Scheme
PHYSICS 1 TRIAL SPM SBP 7 July 2017
PHYSICS 3 TRIAL SPM SBP 7 July 2017
PHYSICS 2 TRIAL SPM SBP 7 July 2017
PHYSICS 3 TRIAL SPM SBP 7 July 2017 Marking Scheme-1
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com