Percubaan SPM Kimia MRSM 2016
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ibubapa dan murid itu sendiri yang dapat mencetak sendiri soalan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan spm nanti. Antara contoh soalan
Suatu eksperimen berasingan dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. Rajah 5.2 menunjukkan keputusan eksperimen. Lengkung L mewakili keputusan eksperimen yang menggunakan serbuk magnesium berlebihan dan 50 cm3 asid hidroklorik 1.0 mol dm-3.
Kadar tindak balas lengkung K lebih tinggi dari L. Terangkan jawapan anda berdasarkan Teori Perlanggaran.
Rajah 6.3 menunjukkan kepingan zink yang dilekatkan pada badan kapal bagi mengelakkan pengaratan. Terangkan bagaimana kepingan zink dapat melindungi badan kapal daripada berkarat.
Rajah 7.2 menunjukkan susunan radas bagi tindak balas antara natrium dan gas klorin. Terangkan bagaimana sebatian itu terbentuk dan lukis susunan elektron untuk sebatian tersebut.
Atom klorin boleh bertindak balas dengan atom karbon untuk menghasilkan satu sebatian lain. Bandingkan takat lebur bagi sebatian yang terhasil dengan takat lebur sebatian di a(ii). Terangkan jawapan anda.
Berikut merupakan soalan percubaan spm kimia mrsm 2016.
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]