Percubaan SPM Matematik MRSM 2016
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ibubapa dan murid itu sendiri yang dapat mencetak sendiri soalan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan spm nanti. Antara contoh soalan percubaan spm matematik adalah
Aimi bercadang untuk menyediakan agar agar berperisa jadung pada Hari Keusahawanan. Dia menggunakan bekas silinder terbuka berdiameter 28 cm dan tinggi 20 cm. Cari isipadu maksimun dalam cm2 agar agar yang boleh disediakan.
Rajah 5 menunjukkan dua buat segitiga M dan N dilukis di atas grid segiempat sama. Segitiga N ialah imej bagi segitiga M di bawah satu putaran 90 darjah ikut arah jam. Antara titik A B C dan D, yang manakah imej bagi titik P di bawah putaran yang sama.
Rajah 8 menunjukkan sebuah tiang bendera tegak JK. Mary berdiri pada tiitl L yang sejauh 50 meter dari titik J. Diberi bahawa aras mata mary Mary adalah 1.6 m mengufuk dari tanah. Cari sudut dongakan bagi titik K dari aras mata Mary.
Berikut merupakan soalan percubaan spm matematik mrsm 2016.
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]