Percubaan SPM Matematik SBP 2016
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ibubapa dan murid itu sendiri yang dapat mencetak sendiri soalan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan spm nanti. Antara contoh soalan
Jumlah populasi sebuah negara N dalam tahun 2011 ialah 16.05 juta. Diberi bahawa bilangan orang yang berumur 60 tahun dan ke atas adalah 5.9% daripada jumlah populasi. Hitung bilangan orang yang berumur di bawah 60 tahun.
KLM ialah tiga titik pada sebatang tiang tegak. J ialah satu titik yang terletak secara mengufuk dengan K. Sudut dongakan dari L ialah X darjah dan sudut dongakan J dari M ialah y darjah. Rajah yang manakah mewakili situasi tersebut.
Rajah menunjukkan pilihan warna bagi kemeja-T bagi beberapa orang murid. Jika 18 orang murid memilih kemeja T berwarna kuning, carikan bilangan pelajar yang memilih kemeja-T berwarna merah.
Berikut merupakan soalan percubaan spm matematik sbp 2016.
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]