Percubaan SPM Matematik SBP 2017
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Antara contoh soalan dalam kertas ini adalah seperti :
Sebuah lantai berbentuk segiempat tepat berukuran lebar 120 m dan panjang 240 m. 30% daripada lantai tersebut akan dilitupi dengan jubin merah berbentuk segi empat sama dan sisi jubin ialan 30cm. Hitung bilangan jubin merah yang diperlukan untuk lantai tersebut.
Fin sedang melakukan pemerhatian dari puncak menara P. Dia memerhati puncak menara Q dengan suatu sudut dongakan dan memerhati puncak menara R pula dengan suatu sudut tunduk. Rajah manakah mewakili situasi tersebut.
Graf garis dalam rajah 27 menunjukkan bilangan pelancong yang melawat Pahang dalam tempoh 6 bulan. Mod bagi data ialah…
Rajah 28 ialah piktogram yang menunjukkan bilangan kereta yang dijual oleh sebuah syarikat dalam bulan Januari, Februari dan April. Bilangan pada Mac tidak ditunjukkan. Hitung peratus kereta yang dijual pada bulan Mac.
Rajah menujukkan sekumpulan 80 pemandu pelancong yang boleh berbahasa Perancis dan Korea. Diberi set F ialah pemandu pelancong yang boleh berbahasa Perancis dan set K ialah pemandu pelancong yang boleh berbahasa Korea.
Lapan biji bola bernombor seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah dimasukkan dalam sebuah bekas kosong. Kamal menambah x biji bola yang berlabel nombor perdana ke dalam bekas itu. Sebiji bola kemudiann dipilih secara rawak daripada bekas itu. Jika kebarangkalian bola yang berlabel nombor perdana dipilih ialah 0.75, cari nilai x.
Berikut adalah soalan percubaan spm matematik sbp.
Percubaan SBP MATEMATIK 2017 Kertas 2
Percubaan SBP 2017 Kertas 1 matematik
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com
Alfaris
Skema utk matematik sbp kertas 1 tak ade ke?
admin
nanti akan disediakan kalau ad cg