Percubaan SPM Matematik Tambahan Selangor 2017
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ibubapa dan murid itu sendiri yang dapat mencetak sendiri soalan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan spm nanti.
Antara contoh soalan dalam kertas ini adalah seperti :
Diberi bahawa julat antara kuartil bagi mata yang diperolehi adalah 7 dan min adalah 10. Cari mata yang diperolehi oleh Ben dan Shima.
Pelajar-pelajar itu menduduki satu lagi kuiz bertulis dan setiap orang berjaya menaikkan mata masing-masing sebanyak dua kali ganda, nyatakan min dan varians bagi set mata yang baru diperolehi.
Rajah 5 menunjukkan persimpangan lorong yang berserenjang antara satu sama lain dalam sebuah nurseri. Empat penyembur air, O, A, B dan C dipasang pada kedudukan seperti yang ditunjukkan merujuk kepada jarak terdekat masing-masing daripada kedua-dua lorong.
Berikut merupakan kertas soalan percubaan SPM Matematik Tambahan Selangor.
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com