Percubaan SPM Perakaunan Kedah 2017
Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan satu penilaian yang diadakan di penghujung waktu pendidikan murid di peringkat menengah. SPM ini boleh dikatakan sebagai tiket emas kepada pelajar untuk memasuki pelbagai aliran dan pusat pendidikan pengajian tinggi.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ibubapa dan murid itu sendiri yang dapat mencetak sendiri soalan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan spm nanti.
Antara contoh soalan adalah seperti
Maklumat berikut berkenaan Encik Mushawir: Encik Mushawir menerima gaji pokok RM5 000 sebulan. Pekerja perlu membuat caruman KWSP pada kadar 11% manakala 12 % pula bagi pihak majikan. Hitungkan caruman KWSP bahagian pekerja Encik Mushawir dalam setahun.
Kelab Sukan Ikhlas mempunyai ahli seramai 200 orang. Yuran keahlian ialah RM50 setahun. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016, jumlah yuran yang diterima ialah RM9 900. Sediakan Akaun Yuran.
Encik Mawardi ialah pemilik Mawar Merah Enterprise yang beroperasi di Taman Mawar, Sungai Petani Kedah. Baki-baki akaun berikut diperoleh daripada buku perniagaannya pada 31 Disember 2016.
Encik Mawardi mendapati imbangan duga yang disediakan tidak seimbang. Setelah pemeriksaan dibuat, satu salinan resit rasmi RM2 425 tertinggal rekod dalam Akaun komisen.
Berikut merupakan kertas soalan percubaan spm perakaunan kedah 2017.
skema jawapan perakaunan kedah
Semoga bermanfaat kepada guru dan calon peperiksaan.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com