Percubaan SPM Perdagangan Kelantan 2017
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Antara contoh soalan dalam kertas ini adalah seperti :
Encik Cheung adalah pemilik Ladang Strawberi Red Farm di Cameron Highlands, Pahang. Pekerja di ladangnya seramai 30 orang ditugaskan di beberapa bahagian termasuk penanaman, penjagaan dan penjualan buah dan produk strawberi. Beliau baru sahaja membeli dua buah mesin memproses jem di kilangnya dan sebuah mesin membuat jus buah strawberi di kafe yang terdapat di kawasan ladang tersebut.
Huraikan dua faktor pengeluaran yang terlibat dalam pengeluarkan di ladang tersebut.
Terangkan dua jenis pengkhususan yang terdapat dalam situasi di atas.
Dengan adanya perniagaan antarabangsa, Malaysia dapat mengimport beras dari Negara Thailand dan Myanmar untuk menampung permintaan rakyat tempatan. Pada masa yang sama Malaysia juga mengeksport minyak sawit dan kayu bergergaji ke negara tersebut.
Jelaskan kepentingan aktiviti eksport dan import tersebut kepada negara Malaysia.
Zulkifli telah menjalankan perniagaan selama 10 tahun. Beliau bercadang mengembangkan perniagaannya dengan mempelawa kawannya Shukri sebagai rakan kongsi. Adakah anda setuju dengan cadangan zulkifli.
Puan Nurul menggunakan krim muka berjenama seriayu selama seminggu mendapati kulitnya lebam, menggelupas dan gatal gata. Beliau terpaksa mendapatkan rawatan pakar kulit di hospital.
Berikut merupakan kertas peperiksaan percubaan spm perdagangan kelantan 2017
trial perdagangan kelantan k1 2017
trial perdagangan kelantan k2 2017
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com