Percubaan SPM Perdagangan Perlis
Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan satu penilaian yang diadakan di penghujung waktu pendidikan murid di peringkat menengah. SPM ini boleh dikatakan sebagai tiket emas kepada pelajar untuk memasuki pelbagai aliran dan pusat pendidikan pengajian tinggi.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ibubapa dan murid itu sendiri yang dapat mencetak sendiri soalan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan spm nanti.
Antara contoh soalan adalah seperti
Cik Yana ialah pemilik Pusat Penjagaan Kanak-kanak Yana di Kangar. Oleh kerana terdapat sambutan yang baik daripada penduduk setempat, beliau bercadang untuk menukarkan pemilikan perniagaan sedia ada kepada pemilikan perniagaan baharu yang dapat menampung keperluan modal dan tenaga pengajar tanpa perlu menggaji pekerja. Cadangkan jenis pemilikan perniagaan baharu yang sesuai untuk Cik Yana.
Puan Rohaya, seorang perancit membuat bayaran sebanyak RM10 000 kepada Pemborong Mili. Beliau mengeluarkan cek pada 23 Julai 2017. Beliau mempunyai akaun semasa di Bank E & F Berhad cawangan Kangar Perlis. Pemborong Mili meminta supaya cek berkenaan dipalang.
Encik Wong tidak mempunyai wang yang cukup untuk mengambil 5 buah kereta Porsche yang dimport dari negara Jerman. Kereta itu akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 10 Ogos 2017. Oleh itu beliau bercadang untuk menyimpan kereta tersebut di dalam gudang.
Berikut merupakan kertas soalan peperiksaan percubaan spm perdagangan dari perlis.
Semoga bermanfaat kepada guru dan calon peperiksaan.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com