Percubaan SPM Sains Kelantan 2017
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Antara contoh soalan dalam kertas ini adalah seperti berikut :
Rajah menunjukkan suhu bumi semakin meningkat akibat daripada aktiviti manusia yang tidak terkawal. Fenomena ini dikenali sebagai pemanasan global. Huraikan cara untuk mengatasi masalah ini.
Rajah menunjukkan tiga contoh bahan radioaktif. Kaji bahan bahan dalam rajah di atas dan bina konsep bahan radioaktif. Jawapan anda hendaklah berdasarkan aspek berikut.
Berdasarkan maklumat yang diberi dalam situasi berikut, cadangkan satu eksperimen untuk menyiasat perkaitan di antara kelembapan dengan kadar pereputan bahan itu menggunakan agar agar, agar agar kering, kultur Bacilus Subtilis dan radas lain.
Satelit segerak iaitu satelit yang mengorbit mengikut arah dan halaju putaran bumi bagi mendapat liputan yang jelas di seluruh dunia. Berapakah satelit segerak yang digunakan.
Seorang pengusaha ladang kepada sawit ini menambah pendapatanya. Pegawai Jabatan Pertanian telah menasihati petani tersebut supaya menguruskan tanahnya dengan lebih cekap. Apakah kaedah sesuai yang perlu dilakukan oleh pengusaha ladang tersebut?
Apakah kaedah yang terbaik yang perlu diambil oleh petani bagi memulihkan kesuburan tanah serta mengawal populasi perosak tanpa menjejaskan alam sekitar?
Berikut merupakan kertas peperiksaan percubaan spm sains dari kelantan tahun 2017. (Percubaan SPM Kelantan 2017)
Percubaan spm sains kelantan k1
percubaan spm sains kelantan k2
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com