Percubaan SPM Tasawwur Johor 2017
Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan satu penilaian yang diadakan di penghujung waktu pendidikan murid di peringkat menengah. SPM ini boleh dikatakan sebagai tiket emas kepada pelajar untuk memasuki pelbagai aliran dan pusat pendidikan pengajian tinggi.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ibubapa dan murid itu sendiri yang dapat mencetak sendiri soalan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan spm nanti.
Antara contoh soalan adalah seperti
Pengaruh media massa ke atas gejala sosial remaja sememangnya ketara. Majalah-majalah dan filem-filem barat memaparkan aksi keganasan, pronografi dan budaya hidup yang tidak sihat seperti ‘black metal’ dan ‘punk’ menyebabkan remaja terikut-ikut dengan budaya negatif tersebut. Sebagai seorang muslim sejati, apakah cara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan diri terpengaruh dengan budaya negatif tersebut?
Terdapat segelintir umat Islam yang suka mengqada’kan solat disebabkan sibuk dengan kerja kerana beranggapan Islam agama yang mudah. Bagaimanakah cara untuk membetulkan keadaan di atas.
Antara tanggungjawab sosial yang perlu dilakukan dalam sesebuah masyarakat ialah membantu ahli masyarakat yang menghadapi masalah kemiskinan. Terangkan akibat sekiranya tanggungjawab di atas diabaikan.
Islam sentiasa menggalakkan umatnya supaya bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh sebagai langkah menyelesaikan isu kekuatan ekonomi melalui syariat.
Berikut merupakan soalan percubaan spm tasawwur johor 2017.
Semoga bermanfaat kepada guru dan calon peperiksaan.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com