Percubaan SPM Tasawwur Kelantan 2017
Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan satu penilaian yang diadakan di penghujung waktu pendidikan murid di peringkat menengah. SPM ini boleh dikatakan sebagai tiket emas kepada pelajar untuk memasuki pelbagai aliran dan pusat pendidikan pengajian tinggi.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ibubapa dan murid itu sendiri yang dapat mencetak sendiri soalan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan spm nanti.
Antara contoh soalan adalah seperti
“ Dan Kami tidak mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) seseorang rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah)melainkan Aku; oleh itu beribadatlah kepada Aku”. (Maksud surah al-Anbiya. 21: ayat 25)
Firman Allah SWT diatas menjelaskan bahawa hanya Allah SWT sahaja yang berhak disembah sebagaimana yang dijelaskan dalam tauhid uluhiyyah. Apakah yang dimaksudkan dengan tauhid Uluhiyyah?
Dan Dialah (tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; setiap satunya beredar terapung-apung ditempat peredaran masing-masing (diangkasa lepas). (Maksud surah al-Anbiya’,21 ayat 33)
Ayat al-Quran diatas menjelaskan tentang penciptaan alam ini. Apakah yang dimaksudkan dengan alam
Ajaran sesat ialah sebarang ajaran yang dibawa oleh orang-orang Islam atau bukan Islam yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Bincangkan cara yang anda dapat lakukan bagi menghindarkan diri daripada ajaran tersebut ?.
Berikut merupakan soalan percubaan spm tasawwur kelantan 2017.
Semoga bermanfaat kepada guru dan calon peperiksaan.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com