Percubaan SPM Tasawwur MRSM 2017
Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan satu penilaian yang diadakan di penghujung waktu pendidikan murid di peringkat menengah. SPM ini boleh dikatakan sebagai tiket emas kepada pelajar untuk memasuki pelbagai aliran dan pusat pendidikan pengajian tinggi.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ibubapa dan murid itu sendiri yang dapat mencetak sendiri soalan yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebagai bahan ulangkaji menjelang peperiksaan spm nanti.
Antara contoh soalan adalah seperti
Ibadat terbahagi kepada dua iaitu ibadat khusu dan ibadat umum. Jelaskan dua syarat perbuatan dan amalan apabula dilakukan boleh dianggap sebagai ibadat.
Penubuhan rukun tetangga di dalam kejiranan masyarakat setempat di kampung atau taman perumahan dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat setempat. Berdasarkan pernyataan ini, huraikan dua saranan tanggungjawab sosial Islam kepada masyarakat.
Islam mewajibkan umatnya membina jati diri agar mampu berdikari untuk memenuhi keperluan hidup sama ada dari segi ekonomi, politik, sosial atau ketenteraan. Bincangkan usaha yang telah anda lakukan.
Berikut merupakan soalan percubaan spm tasawwur mrsm 2017.
Semoga bermanfaat kepada guru dan calon peperiksaan.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com