Colour Idioms for UPSR English
Dalam menggunakan bahasa Inggeris, selain dari mempelajari perkataan-perkataan baru, tatabahasa atau grammar, seorang yang ingin menjadi betul-betul mahir perlu juga memahami penggunaan idiom. Idiom ini sama juga fungsi peribahasa, simpulan bahasa dan ungkapan dalam bahasa Melayu.
Dalam karangan ataupun bahasa Inggeris Penulisan, idiom ini biasa digunakan oleh calon upsr, pt3 ataupun SPM yang sudah mahir menguasai bahasa Inggeris. Penggunaan idiom ini untuk menjadikan karangan kita lebih menarik dan seronok dibaca. Ini juga bertujuan untuk menarik perhatian pemeriksa untuk menanda kertas peperiksaan dengan lebih baik.
Idiom adalah bahasa tersirat yang mungkin sukar difahami oleh mereka yang baru mula belajar bahasa Inggeris. Ini adalah kerana dalam idiom, maksud yang cuba disampaikan tidak sama dengan maksud bahasanya. Mungkin agak sukar untuk kita memahami sesetengah idiom yang digunakan dalam bahasa Inggeris ini.
Berikut adalah pendekatan yang boleh anda gunakan bila mempelajari idiom. Kita boleh menggunakan salah satu kaedah yang diberi atau menggunkan kombinasi kesemua kaedah yang disarankan.
Kita juga boleh menjadi kreatif dan memikirkan kedah-kaedah lain yang anda sendiri boleh fikirkan untuk menjadikan proses pembelajaran idiom anda ini lebih menarik dan lebih efektif.
Antara kaedahnya adalan belajar secara formal. Selain dari menyelitkan penggunaan idiom dalam pertuturan, kita juga boleh belajar terus makna-makna idiom dengan anda. Kaedah ini berkesan jika kita sudah selesa dengan bahasa inggeris. Jika kita rasa mampu, kita boleh tetapkan lima idiom setiap minggu untuk dipelajari. Selepas kita mempelajari idiom itu kita hendaklah menggunakan idiom itu dalam pertuturan dan penulisan bahasa Inggeris.
Cara terbaik untuk mendedahkan murid atau pelajar kepada penggunaan idiom ialah dengan menggunakan idiom dalam pertuturan. Kaedah sebegini lebih semulajadi dan boleh dipelajari dengan efektif tanpa merasakan yang kita sedang mempelajari sesuatu secara formal.
Berikut merupakan nota idioms yang melibatkan penggunaan colour atau warna.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com