Analisis Bahasa Melayu Pemahaman UPSR 2017
Peperiksaan kertas bahasa melayu pemahaman dan penulisan telahpun melabuhkan tirainya. Pastinya yang menjadi benak persoalan ibubapa dan guru bagaimanakah keadaan anak-anak dan murid kita ketika menjawab soalan tersebut.
Bagi kebanyakan sekolah, kertas peperiksaan bahasa melayu merupakan kertas harapan kepada murid untuk lulus semua mata pelajaran dan kertas yang dapat memberikan banyak A kepada sekolah.
Berdasarkan kertas peperiksaan kali ini, secara umumnya, boleh dikatakan bahawa, kertas peperiksaan bagi bahasa melayu pemahaman lebih sukar berbanding kertas peperiksaan bahasa melayu penulisan. Ini disebabkan, murid lebih mengeluh apabila keluar dari menjawab kertas peperiksaan bahasa melayu pemahaman berbanding bahasa melayu penulisan.
Berikut merupakan beberapa analisis soalan dan tinjauan yang dilakukan kepada murid selepas selesainya peperiksaan bahasa melayu UPSR.
Analisis ini mungkin tidak tepat namun boleh dijadikan rujukan awal kepada para guru untuk melihat keadaan dan bentuk soalan. Analisis ini lebih kepada temu bual kepada murid selepas menjawab soalan tersebut. Soalan hanya akan diberikan kepada sekolah selepas berakhirnya UPSR nanti iaitu pada hari Khamis nanti untuk SK.
Bagi bahagian A iaitu soalan objektif, tidak banyak yang boleh diperolehi daripada murid. Antara soalan yang keluar adalah berkaitan bahasa istana dan penggunaan penjodoh bilangan.
Bagi bahagian B iaitu soalan subjektif, banyak input yang diperolehi hasil daripada temubual dengan murid.
Antaranya, tiada gambar berkaitan peribahasa atau simpulan bahasa. Hanya ada soalan untuk murid melengkapkan perkataan yang diberikan menjadi simpulan bahasa yang betul.
Soalan seterusnya adalah murid perlu memilih ayat yang betul dan ayat yang salah. Jika betul tanda betul dan jika salah tanda salah.
Bagi soalan mengisi tempat kosong, ramai murid memberitahu agak senang kerana jawapan telah diberikan. Jawapan tersebut pula tidaklah terlalu mengelirukan murid.
Bagi soalan membaca petikan dan menjawab soalan pemahaman, pada peperiksaan kali ini tidak diberikan soalan petikan panjang seperti mana soalan tahun lepas. Soalan yang diberikan hanyalah proses membuat kerepek ubi/pisang (lupa) dan resipi membuat bubur ayam.
Antara soalan-soalan lain yang berbentuk pendapat atau kbat yang berkaitan dengan soalan tersebut adalah seperti cara memajukan perniagaan kerepek ubi, bahan untuk menggantikan daging ayam dan juga cara untuk menjadikan bubur ayam tersebut lebih sedap.
Kesimpulannya, mahupun dikatakan bahawa bahasa melayu pemahaman lebih sukar berbanding dengan penulisan, jika ditanya dengan rakan guru, ramai guru kata soalan kali ini juga tidaklah tersangat susah dan tersangat senang. Rata-rata murid di bandar boleh dikatakan dapat menjawabnya.
Semoga kejayaan menjadi milik calon upsr 2017 dan anak murid kita semua.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com