Modul Latihan Bola Baling
Kokurikulum ialah aktiviti pendidikan yang dirancang dan diperlaksanakan selepas waktu pelajaran formal di dalam dan di luar bilik darjah, berasas dan lanjutan pelajaran sesi persekolahan. Menurut Peraturan Kursus Pengajian, Akta Pelajaran 1956, kokurikulum adalah extra curriculum atau ‘kegiatan luar darjah’.
Dalam pada itu, Peraturan-peraturan Kokurikulum Kebangsaan di bawah Warta Kerajaan, Akta Pendidikan 1995 yang bertarikh 31.12.1997 pula menyifatkan kokurikulum sebagai “kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan pelajar peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari dalam bilik darjah”.
Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di peringkat sekolah adalah untuk mengembangkan potensi serta bakat seseorang pelajar dalam bidang jasmani, sosial, kebudayaan dan khidmat masyarakat. Selain ini, ia juga turut membentuk sahsiah dan sikap positif seseorang pelajar.
Kegiatan kokurikulum di peringkat persekolahan hendaklah dilaksanakan berdasarkan Akta dan Peraturan yang dikuatkuasakan serta Surat Pekeliling Ikhtisas yang diedarkan dari semasa ke semasa.
Salah satu aktiviti yang mesti dilaksanakan di peringkat sekolah adalah aktiviti gerko yang melibatkan sukan dan permainan. Jenis sukan dan permainan yang hendak dilaksanakan di sekolah perlu terpulang kepada pengurusan pihak sekolah bergantung kepada kemahiran dimiliki guru dan kemudahan sukan tersebut.
Semua pelajar sekolah adalah diwajibkan untuk mengambil bahagian dalam sesuatu sukan dan permainan seperti Bola Sepak, Bola Keranjang, Badminton, Ping Pong, Olahraga, Bola Tampar dan sebagainya.
Perancangan, pengurusan dan pelaksanaan sesuatu sukan dan permainan di peringkat antara sekolah-sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan adalah tanggungjawab Majlis Sukan Sekolah-Sekolah.
Berikut merupakan modul latihan dan panduan melatih murid bagi bola baling
In sha Allah berguna kepada rakan guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]