Panduan Menghadapi Bencana
Di Malaysia, antara bencana alam yang sentiasa dilanda saban tahun adalah bencana banjir terutamanya di penghujung tahun dan di awal tahun. Pihak KPM telah menyediakan SOP atau garis panduan kepada pihak sekolah jika menghadapi bencana.
Sekolah yang Dilanda Banjir:
Langkah-langkah awal sekolah:
Menubuhkan Jawatankuasa Bencana di peringkat sekolah (SPI Bil. 9/2009 ) untuk menyediakan perancangan serta mengatur strategi menghadapi bencana. Memaklumkan kepada semua warga sekolah tentang pelan tindakan menghadapi banjir semasa perhimpunan sekolah atau mesyuarat guru dan staf sokongan. Mendapatkan maklumat terkini tentang ramalan kaji cuaca dan banjir melalui siaran radio, televisyen, akhbar dan laman web Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca Malaysia di alamat http//www.kjc.gov.my
Menyimpan dokumen dan alat berharga di tempat tinggi dan selamat (terutamanya jika sekolah yang memang kerap atau mudah dilanda banjir)Memastikan bilik menyimpan buku teks ditempatkan di tingkat atas (sekiranya sekolah berkenaan mempunyai bangunan Iebih dari satu tingkat) . Menyediakan papan maklumat yang mengandungi senarai nama dan nombor telefon jabatan-jabatan atau individu-individu yang perlu dihubungi sekiranya berlaku kecemasan atau banjir. Menyediakan aIat-alat kelengkapan yang perlu digunakan sekiranya kecemasan atau banjir berlaku: a. Loud hailer b. Portable radio c. Lampu suluh kalis air d. Tali
Memastikan stok bekalan makanan kering berlebihan disediakan dan disimpan di tempat yang tinggi serta selamat (bagi sekolah yang mempunyai asrama) untuk mengelakkkan bekalan makanan murid tidak putus sementara menunggu bantuan dari luar Memastikan bot dan jaket keselamatan (bagi sekolah-sekolah yang terletak berhampiran sungai) berfungsi dan sedia digunakan pada bila-bila masa. Jaket keselamatan boleh dipinjam dari Pusat Kokurikulum yang berdekatan. Mengingatkan pengawal keselamatan, guru-guru dan warden asrama supaya bertindak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan Jawatankuasa Bencana Sekolah
Tindakan Sekolah-sekolah Semasa Banjir:
Memaklumkan dengan segera kepada jabatan-jabatan (JPN, PPD, Polis, Bomba, dll) serta individu (PIBG dan ibu bapa) seperti yang tersenarai dalan Jawatankuasa Bencana Sekolah untuk mendapatkan bantuan. Memindahkan guru, murid dan staf sokongan ke tempat yang Iebih selamat apabila banjir dijangka akan mencapai paras bahaya atau apabila diarah berpindah oleh Jawatankuasa Bencana (Banjir) peringkat bahagian, negeri atau daerah. Meminta bantuan penduduk kampung atau taman perumahan setempat untuk memindahkan harta benda sekolah dengan segera. Memutuskan bekalan elektrik di premis yang dilanda banjir untuk mengelakkan bahaya litar pintas.
Berikut merupakan garis panduan kepada sekolah jika menghadapi bencana.
Jawatankuasa Keselamatan Dan Bencana Alam
Panduan Sekolah Menghadapi Bencana
Semoga perkongsian bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]