Fail Meja Guru Perpustakaan dan Media
Cerita Fail Meja ni bermula pada tahun 1991 dengan adanya Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 8 Tahun 1991: Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja.
Fail Meja adalah himpunan prosedur kerja bagi melaksanakan satu-satu tugasan mengikut jawatan. Objektif diwujudkan Fail Meja adalah untuk membantu pegawai/ staf menjalankan tugasan dengan lancar dan cekap. Ia juga dapat memudah dan mempercepatkan proses pembelajaran dan penyesuaian kerja bagi orang baru. Fail Meja menjadi dokumen rujukan utama pegawai/ staf dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Fail Meja merupakan satu-satu rujukan untuk individu di peringkat jawatan. Ia dirangka berasaskan tugas dan tanggungjawab seseorang guru. Ia juga mengandungi maklumat atau panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan. Kandungannya merangkumi 14 perkara utama
Oleh itu setiap jawatan mempunyai satu (1) Fail Meja yang tersendiri. Jika organisasi kita mempunyai 74 jawatan (daripada bos besar hingga ke pemandu), bermakna organisasi kita mesti ada 74 Fail Meja yang sama tetapi tak serupa.
Antara kandungan fail meja adalah
Merancang dan mengajar Kemahiran Maklumat antara 8 hingga 12 waktu seminggu. Merancang dan melaksanakan Dasar dan Program tahunan Pusat Sumber Sekolah. bersama-sama Pengetua/Guru Besar, Kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan murid-murid sekolah.
Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama AJK Kurikulum sekolah dan (AJK Kerja PSS). Merancang perolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini. Merancang dan melaksanakan program kemahiran maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber.
Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah. Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
Berikut merupakan fail meja guru perpustakaan dan media
FAIL MEJA GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA by smk dato harun selangor
In sha Allah berguna kepada rakan guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]