Al-Fatihah untuk arwah Ustaz Khalil dan anak
Bagi sesiapa yang membaca tragedi yang melibatkan arwah ustaz dan arwah anaknya pastinya merasa sebak dan sedih. Sesungguhnya ujian yang dihadapi oleh keluarga arwah pastinya sangat berat sekali. Sedangkan membaca sahaja rentetan kisah ini pon pastinya ramai yang mengalirkan air mata. Arwah Ustaz Khalil yang merupakan seorang guru agama di SK Bekenu di PPD Subis Sarawak dahulu dan pastinya ramai orang yang mengenali arwah. Arwah pula baru sahaja dapat bertukar ke semenanjung pada tahun 2016 iaitu ketika pertama kali pertukaran duka lara diperkenalkan.
Perkongsian ini saya tulis merupakan saya merupakan salah seorang rakan arwah Ustaz Khalil dan beliau banyak membantu saya dahulu. Saya kongsikan dengan harapan para pembaca dapat sedekahkan al-fatihah kepada arwah dan arwah anak yang baru meninggal dunia.
Berikut merupakan kronologi kisah melibatkan arwah. Kemalangan yang melibatkan arwah ini berlaku pada malam 31 Ogos 2017 iaitu malam arafah. Difahamkan, pada hari tersebut adalah ulangtahun kelahiran anak sulung arwah yang ke-4. Arwah keluar bersama anak untuk membeli burger atas permintaan anak tersebut. Pada hari tersebut juga, sempat juga arwah belikan basikal baru sebagai hadiah kepada anak sulung tersebut. Berikut merupakan laporan berkenaan kemalangan yang menimpa arwah tersebut.
Al-Fatihah..
Kemalangan maut di simpang Bertam Perdana 3 baru-baru ini. Laluan ini menjadi laluan utama penduduk Bertam Perdana. Kejadian melibatkan sebuah kereta myvi dan motosikal yamaha.
Penunggang motosikal yang merupakan seorang guru Pendidikan Islam maut di tempat kejadian. Manakala anak lelaki berusia 4 tahun kritikal pendarahan di kepala terus dikejarkan ke Hospital Kepala Batas sebelum menjalani pembedahan di Hospital Besar Pulau Pinang. Jenazah telah dikebumikan di Alor Setar, Kedah.
Sehingga hari ni kisah mengayat hati ini terus viral disebabkan cara si mati menghembuskan nafas terakhir. Si mati jatuh tercampak dalam keadaan sujud menyembah bumi sebelum diangkat. Punca kematian adalah disebabkan hentakan yg kuat di bahagian kepala, tulang tangan & kaki kiri kanan patah.
Si mati meninggalkan seorang isteri, Penolong Pegawai Daerah SPS serta 2 orang anak masing-masing berusia 4 tahun dan 7 bulan. Kejadian berlaku pada hari lahir anak si mati.
Sama-sama kita doakan agar anak si mati kembali sembuh. Al-fatihah untuk seluruh ahli keluarga mangsa.
Berikut merupakan beberapa gambar daripada tempat kejadian.
Motor arwah yang selalu arwah gunakan untuk ke sekolah dan juga ketika bertugas di sarawak dahulu.
Gambar keadaan berlakunya kemalangan pada malam arafah tersebut.
Keadaan anak sulung selepas kemalangan.
Namun, perancangan Allah s.w.t mengatasi segalanya. Pada 7 September 2017, sekali lagi Allah s.w.t hadirkan ujian yang berat kepada keluarga arwah. Ketika dalam perjalanan pulang dari hospital selepas anak sulung tersebut dapat discharge, sekali lagi kemalangan yang tidak diduga berlaku. Berikut merupakan maklumat dari rakan isteri arwah.
Update: Ummu Umairah Azahari / Ismee Umairah & anak keduanya baby Shafi tidak sedarkan diri akibat kemalangan.
Ya Allah besar sungguh ujianMu terhadap sahabatku.
Minggu lepas pada malam Arafah (30 Ogos 2017) suami Mai arwah Mohd Khalil dipanggil menghadap Ilahi.
Hari ini (7 September 2017) anak sulung Mai yang terlibat kemalangan minggu lepas meninggal dunia.
Mohon kawan2 doakan untuk anak syurga arwah Muhammad ‘Aseem juga Mai & baby Shafi supaya sedar & sembuh.
Berita telah disahkan benar.
Gambar ketika mana berlakunya kemalangan yang melibatkan isteri arwah.
Perkongsian di laman sosial berkenaan berita tragedi ini.
Melalui perkongsian pada gambar di bawah, difahamkan, dalam kereta tersebut terdapat 4 orang di mana pemandu kenderaan (ahli keluarga terdekat), anak yang baru discharge duduk di hadapan dan isteri arwah bersama anak kedua arwah duduk di belakang. Anak arwah yang duduk di hadapan terhantuk dengan cermin kereta dan terpelanting ke belakang dan meninggal di tempat kejadian. Innalillahiwainnailaihirojiuun.
Apa yang paling sedih, arwah Muhammad Aseem seolah-olah mengetahui akan perjalan hidupnya. Berikut merupakan perbualan arwah Aseem dengan emaknya.
👦🏻 : mama.. abi mana?
👩🏻 : abi rehat syg
👦🏻 : abi rehat kat mana mama?
👩🏻 : kat syurga..
👦🏻 : kat mana mama?
👩🏻 : kat syurga syg..
👦🏻 : bila abi nk balik mama?
👩🏻 : abi rehat syg..
👦🏻 : syurga tu kat mana mama?
👩🏻 : dekat syurga..
👦🏻 : syurga tu kat mana mama?
👩🏻 : syurga tu jauh.. nnt bacim sihat mama bawa tgk abi na..
👦🏻 : ok.. (sambil angguk)
*Pastu tanya lagi*
👦🏻 : mama, syurga tu kat mana?
👩🏻 : jauh syg..
👦🏻 : jom kita pi surga..
👩🏻 : nnt syg dh sihat, mama bawa na..
👦🏻 : (angguk kepala)
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama sedekahkan alfatihah kepada arwah ustaz khalil dan anak beliau yang baru meninggal. Semoga arwah dan anaknya ditempatkan di syurga dan di kalangan orang-orang beriman. Bagi yang ingin membantu keluarga, dipersilakan bagi meringankan beban arwah.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com