Analisis Bahasa Melayu Penulisan UPSR 2017
Peperiksaan kertas bahasa melayu pemahaman dan penulisan telahpun melabuhkan tirainya. Pastinya yang menjadi benak persoalan ibubapa dan guru bagaimanakah keadaan anak-anak dan murid kita ketika menjawab soalan tersebut.
Bagi kebanyakan sekolah, kertas peperiksaan bahasa melayu merupakan kertas harapan kepada murid untuk lulus semua mata pelajaran dan kertas yang dapat memberikan banyak A kepada sekolah.
Berdasarkan kertas peperiksaan kali ini, secara umumnya, boleh dikatakan bahawa, kertas peperiksaan bagi bahasa melayu pemahaman lebih sukar berbanding kertas peperiksaan bahasa melayu penulisan. Ini disebabkan, murid lebih mengeluh apabila keluar dari menjawab kertas peperiksaan bahasa melayu pemahaman berbanding bahasa melayu penulisan.
Berikut merupakan beberapa analisis soalan dan tinjauan yang dilakukan kepada murid selepas selesainya peperiksaan bahasa melayu penulisan upsr ini.
Analisis ini mungkin tidak tepat namun boleh dijadikan rujukan awal kepada para guru untuk melihat keadaan dan bentuk soalan. Analisis ini lebih kepada temu bual kepada murid selepas menjawab soalan tersebut. Soalan hanya akan diberikan kepada sekolah selepas berakhirnya UPSR nanti iaitu pada hari Khamis nanti untuk SK.
Bagi bahasa melayu penulisan, terdapat tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C.
Bagi bahagian A, murid diminta membina 5 ayat daripada gambar yang diberikan. Soalan ini mempunyai tema yang sama seperti soalan yang di bawah iaitu modul bahasa melayu dari Wilayah Persekutuan Putrajaya. Berikut merupakan gambar tersebut.
Berdasarkan gambar di atas, tema adalah berkenaan urusan dan perkara yang berlaku di dalam pasaraya.
Bagi soalan bahagian B, murid diminta membuat ulasan berkenaan dengan kes keracunan makanan daripada maklumat yang diberikan.
Bagi soalan C, murid perlu menjawab 1 soalan daripada pilihan 2 soalan yang diberikan. Soalan tersebut adalah seperti murid diminta membuat satu karangan yang berkenaan dengan Hari Kesihatan Sedunia di sekolah. Murid diminta membina karangan berdasarkan sambutan hari tersebut di sekolah.
Bagi soalan C yang seterusnya, murid diminta menghasilkan sepucuk surat untuk mengajak rakan murid menyertai pertandingan berbasikal. Terdapat gambar yang diberikan pada soalan ini.
Secara kesimpulannya, kebanyakan murid yang dapat menulis mengatakan soalan penulisan kali ini dapat dijawab dengan baik.
Semoga kejayaan menjadi milik calon upsr 2017 dan anak murid kita semua.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com