Analisis Ringkas Bahasa Inggeris Pemahaman UPSR 2017
Peperiksaan kertas bahasa inggeris pemahaman dan penulisan telahpun melabuhkan tirainya. Pastinya yang menjadi benak persoalan ibubapa dan guru bagaimanakah keadaan anak-anak dan murid kita ketika menjawab soalan tersebut.
Bagi kebanyakan sekolah, kertas peperiksaan bahasa inggeris merupakan kertas peperiksaan yang banyak memberikan masalah kepada prestasi sekolah terutamanya sekolah di luar bandar.
Berdasarkan kertas peperiksaan kali ini, secara umumnya, boleh dikatakan bahawa, kertas peperiksaan bagi bahasa inggeris pemahaman dan penulisan sederhana. Ramai murid yang mengatakan bolehlah dan ada juga yang mengatakan agak sukar.
Berikut merupakan beberapa analisis soalan dan tinjauan yang dilakukan kepada murid selepas selesainya peperiksaan bahasa inggeris UPSR.
Analisis ini mungkin tidak tepat namun boleh dijadikan rujukan awal kepada para guru untuk melihat keadaan dan bentuk soalan.
Berikut merupakan analisis bagi kertas bahasa inggeris pemahaman UPSR.
Bagi soalan 1 hingga 20, soalan adalah berbentuk aneka piliha jawapan objektif. Apa yang murid tanya selepas ujian adalah, apakah alat yang sesuai untuk memotong daging. Pilihan jawapan hanyalah pisau dan cleaver beberapa alat lain. Murid bertanya kenapa tiada chopper. Jadi rasanya pilihan jawapan yang betul adalah cleaver.
Bagi soalan objektif bergambar, soalan adalah bertemakan suasana di kantin sekolah dan murid perlu mengisi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang diberikan.
Bagi soalan pemahaman yang terakhir, murid diminta membaca petikan pemahaman dan memilih jawapan yang betul. Petikan berkaitan dengan seorang yang kehilangan kaki akibat dipijak gajah liar.
Bagi soalan subjektif, bahagian pertama adalah murid perlu melengkapkan dialog berdasarkan gambar yang diberikan.
Soalan seterusnya adalah berkaitan dengan perbualan seorang ibu dengan kerani sekolah di mana ibu tersebut hendak mendaftarkan anak dalam sekolah tersebut. Di sini ada jadual di mana murid perlu memilih jawapan yang betul.
Soalan seterusnya adalah berkaitan dengan peta dan murid perlu menjawab soalan pemahaman berdasarkan peta tersebut.
Soalan yang terakhir adalah berkenaan dengan pokok durian dan pokok pisang. Soalan ini lebih kepada perbualan pokok pisang dan pokok durian.
(akan diupdate lagi selepas ini)
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com