Fail Meja Guru Besar
Cerita Fail Meja ni bermula pada tahun 1991 dengan adanya Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 8 Tahun 1991: Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja.
Fail Meja adalah himpunan prosedur kerja bagi melaksanakan satu-satu tugasan mengikut jawatan. Objektif diwujudkan Fail Meja adalah untuk membantu pegawai/ staf menjalankan tugasan dengan lancar dan cekap. Ia juga dapat memudah dan mempercepatkan proses pembelajaran dan penyesuaian kerja bagi orang baru. Fail Meja menjadi dokumen rujukan utama pegawai/ staf dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Fail Meja merupakan satu-satu rujukan untuk individu di peringkat jawatan. Ia dirangka berasaskan tugas dan tanggungjawab seseorang guru. Ia juga mengandungi maklumat atau panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan. Kandungannya merangkumi 14 perkara utama
Oleh itu setiap jawatan mempunyai satu (1) Fail Meja yang tersendiri. Jika organisasi kita mempunyai 74 jawatan (daripada bos besar hingga ke pemandu), bermakna organisasi kita mesti ada 74 Fail Meja yang sama tetapi tak serupa.
Antara kandungan fail meja guru besar adalah
Bertanggungjawab Kepada Kementerian Pendidikan, Pengarah Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah Di Dalam Merancang, Menyelaras, Melaksana Dan Mengambil Tindakan Susulan Ke Atas Perkara-Perkara berikut
Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum danKokurikulum serta memastikan perlaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia
Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah. Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar Mengajar sebilangan waktu mengikut Pekeliling 3/67 1982 (Pindaan).
Berikut merupakan fail meja guru besar
FAIL MEJA GURU BESAR by sk seksyen 7
In sha Allah berguna kepada rakan guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
Ahmad Sallehan bin Arifin
Tuan, saya memohon keizinan untuk berkongsi maklumat tersebut sebagai panduan
admin
ok