Fail Meja PK Kokurikulum
Cerita Fail Meja ni bermula pada tahun 1991 dengan adanya Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 8 Tahun 1991: Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja.
Fail Meja adalah himpunan prosedur kerja bagi melaksanakan satu-satu tugasan mengikut jawatan. Objektif diwujudkan Fail Meja adalah untuk membantu pegawai/ staf menjalankan tugasan dengan lancar dan cekap. Ia juga dapat memudah dan mempercepatkan proses pembelajaran dan penyesuaian kerja bagi orang baru. Fail Meja menjadi dokumen rujukan utama pegawai/ staf dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Fail Meja merupakan satu-satu rujukan untuk individu di peringkat jawatan. Ia dirangka berasaskan tugas dan tanggungjawab seseorang guru. Ia juga mengandungi maklumat atau panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan. Kandungannya merangkumi 14 perkara utama
Oleh itu setiap jawatan mempunyai satu (1) Fail Meja yang tersendiri. Jika organisasi kita mempunyai 74 jawatan (daripada bos besar hingga ke pemandu), bermakna organisasi kita mesti ada 74 Fail Meja yang sama tetapi tak serupa.
Antara kandungan fail meja adalah seperti
Bekerjasama dengan Penolong Kanan Akademik dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid membantu Guru Besar mengurus dan mentadbir sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan.
Mengetuai, mengurus dan memimpin bidang kokurikulum supaya berfungsi mengikut matlamat, dasar dan objektif yang ditetapkan. Menghadiri mesyuarat-mesyuarat pengurusan/penyelarasan di peringkat sekolah, daerah dan negeri apabila dikehendaki atau diarahkan oleh Guru Besar.
Merancang dan mengagihkan tugas pengurusan dan pelaksanaan kokurikulum kepada setiap individu guru, termasuk kepada Ketua Panitia, dan guru-guru Penolong Kanan. Mempengerusikan mesyuarat kokurikulum di peringkat sekolah (Tanpa kehadiran Guru Besar) dan mewakili sekolah ke mesyuarat-mesyuarat pengurusan dan pelaksanaan kokurikulum seperti yang diarahkan oleh Guru Besar.
Berikut merupakan fail meja pk kokurikulum
In sha Allah berguna kepada rakan guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
Fatimah M.Y.K
Terima kasih..semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua amin..