Fail Meja PK Kurikulum
Cerita Fail Meja ni bermula pada tahun 1991 dengan adanya Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 8 Tahun 1991: Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja.
Fail Meja adalah himpunan prosedur kerja bagi melaksanakan satu-satu tugasan mengikut jawatan. Objektif diwujudkan Fail Meja adalah untuk membantu pegawai/ staf menjalankan tugasan dengan lancar dan cekap. Ia juga dapat memudah dan mempercepatkan proses pembelajaran dan penyesuaian kerja bagi orang baru. Fail Meja menjadi dokumen rujukan utama pegawai/ staf dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Fail Meja merupakan satu-satu rujukan untuk individu di peringkat jawatan. Ia dirangka berasaskan tugas dan tanggungjawab seseorang guru. Ia juga mengandungi maklumat atau panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan. Kandungannya merangkumi 14 perkara utama
Oleh itu setiap jawatan mempunyai satu (1) Fail Meja yang tersendiri. Jika organisasi kita mempunyai 74 jawatan (daripada bos besar hingga ke pemandu), bermakna organisasi kita mesti ada 74 Fail Meja yang sama tetapi tak serupa.
Antara kandungan fail meja adalah seperti
Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam merancang, menyelaras, melaksana dan mengambil tindakan susulan atas perkara-perkara berikut:
Program dan akiviti Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum. Menentukan rancangan Pengajaran Harian, Mingguan, Penggal dan Tahunan dibuat oleh guru. Memastikan semua program panitia matapelajaran berjalan lancar. Membantu dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel.
Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan. Menyediakan jadual waktu P & P dan guru ganti Menguruskan peperiksaan awam dan dalaman.
Melaksanakan Program Kecemerlangan Akademik. Memastikan program PPSMI berjalan lancar – Buddy Support System. Memastikan Pusat Sumber digunakan semaksimum yang boleh. Memastikan semua guru dan murid menggunakan peralatan ICT yang dibekalkan. Memastikan Program KIA2M dan PROTIM dijalankan.
Berikut merupakan fail meja pk kurikulum
In sha Allah berguna kepada rakan guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]