Kertas Peperiksaan Sains UPSR 2017 Kertas 1
Peperiksaan kertas sains 018/1 dan 018/2 telahpun melabuhkan tirainya. Pastinya yang menjadi benak persoalan ibubapa dan guru bagaimanakah keadaan anak-anak dan murid kita ketika menjawab soalan tersebut.
Kertas soalan ini pastinya akan terus digunapakai untuk tahun tahun mendatang bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai bentuk soalan UPSR yang bercirikan KSSR dan Kbat.
Kertas peperiksaan ini yang berubah mulai tahun 2016 telah dibahagikan kepada 2 kertas peperiksaan iaitu kertas 1 dan kertas 2.
Bagi kertas 1, terdapat 40 soalan objektif yang perlu dijawab oleh murid berbanding 30 soalan objektif semasa kurikulum kbsr yang telah berakhir pada tahun 2015.
Berikut merupakan soalan sebenar kertas peperiksaan Sains UPSR 2017 bagi kertas 1.
SAINS KERTAS 1 UPSR 2017 by SKSB
Antara cadangan jawapannya. Jawapan penuh bagi kertas 1 Sains UPSR 2017 boleh lihat pada pautan disediakan di akhir post.
Soalan 14. D. Keranjang aluminium sahaja yang merupakan bahan bersifat konduktor di sini.
Soalan 15. C. Haba daripada cahaya matahari memanaskan pasir pada waktu siang.
Soalan 16. B. Mentol yang disusun bersiri, jika mentol pertama terbakar atau rosak, arus tidak akan dapat mengalir ke mentol seterusnya.
Soalan 17. A. Mendayung sampan. Mahupun dikatakan menyikat rambut pon boleh diterima. Tetapi ada juga orang menyikat rambut dengan gaya rambut ke hadapan.
Soalan 18. A. Angin sebagai sumber tenaga pastinya dapat mengurangkan pencemaran udara disebabkan pemakaran bahan api fosil.
Soalan 19. A. Kitar semula dan guna semula.
Soalan 20. B. Asid menukarkan biru kepada merah dan alkali menukarkan merah kepada biru.
Soalan 21. B. Pastinya nilon kerana nilon tidak menyerap air.
Soalan 22. A. Paling berat adalah kertas dan paling ringan adalah plastik.
Cadangan Jawapan Sains Kertas 1 UPSR 2017
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com