Mock Test UPSR Matematik JPN Perak
UPSR semakin tiba. Pelbagai usaha dan alternatif yang dilakukan dan dilaksanakan oleh JPN dan PPD setiap negeri untuk mempertingkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan UPSR nanti.
Antara usaha yang dilakukan oleh JPN Perak adalah mengadakan ujian mock test menjelang bermulanya UPSR sebenar nanti. Perkongsian kali ini melibatkan kertas matematik kertas 1 dan 2.
Berikut merupakan contoh soalan ujian tersebut.
Alia bergerak dari kedudukannya 4 unit mengufuk dan 2 unit mencancang ke pejabat pos. Plotkan kedudukan pejabat pos pada Satah Cartes. Azura juga hendak ke pejabat pos dengan pergerakan 2 unit mengufuk dan 3 unit mencancang. Hitungkan perbezaan pergerakan, dalam km, antara Alia dan Azura
Hitungkan jumlah jisim mereka berempat, dalam kg, apabila guru kelas mereka, Encik Azran yang jisimnya dua kali ganda jisim Aimin menyertai kumpulan mereka.
Nyatakan kebolehjadian Encik Lim mendapat gilirannya dalam tempoh 5 minit daripada nombor giliran semasa. Secara purata setiap pelanggan mengambil masa selama 10 minit untuk setiap urusan. Hitungkan tempoh masa menunggu Encik Lim untuk mendapatkan gilirannya.
Setiap balang mengandungi 85 keping biskut. Ramlah telah menyiapkan 4200 balang biskut yang ditempah oleh pelanggannya. Hitungkan jumlah kesemua biskut yang disediakan oleh Ramlah. Zety membeli 3 balang biskut. Dia telah memakan 45 keping biskut itu. Baki biskut itu telah dikongsi sama banyak antara Zety dan 4 orang rakannya. Hitungkan bilangan biskut yang diterima oleh setiap orang.
Sebuah lantai berbentuk segi empat tepat berkuran 27 m panjang dan 10 m lebar. Tiga helai permaidani berbentuk segi empat sama yang sama besar diletakkan di atas lantai itu. Setiap permaidani itu bersisi 5 m. Hitungkan luas, dalam m², kawasan yang tidak ditutupi oleh permaidani itu.
Berikut merupakan kertas soalan mock test bagi matematik ini.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com