Modul Ramalan UPSR 2017 Bahasa Melayu Pemahaman
UPSR begitu hampir. Pada hari Isnin nanti, kertas peperiksaan yang pertama pastinya melibatkan kertas peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan.
Perkongsian kali ini melibatkan modul ramalan UPSR 2017 bagi kertas peperiksaan bahasa melayu pemahaman.
Berikut merupakan contoh soalan modul ramalan bahasa melayu pemahaman
Jam dinding sudah menunjukkan tepat pukul 7:00 __________. Isnani baru terjaga kerana tidur __________ malam. Isnani tidak sempat bersarapan, hanya minum seteguk air teh __________ yang terletak di atas meja makan. Isnani mengayuh basikalnya ke sekolah dengan __________ walaupun dia sudah terlewat. Tiba-tiba, dia terbayang wajah __________ guru disiplinnya yang sedang tercegat di pintu pagar sekolah. Namun, dia tetap mengayuh basikalnya menghampiri pintu pagar sekolah dengan berhati-hati.
KUALA LUMPUR, 11 Julai – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memaklumkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari stesen KL Sentral ke Padang Besar, Perlis dan Ipoh, Perak ke Padang Besar telah bermula hari ini. KTMB dalam kenyataannya memberitahu, kedua-dua perkhidmatan tren tersebut dikendalikan oleh KTM Intercity.
Buat permulaan KTMB hanya menyediakan satu perkhidmatan tren untuk setiap arah bagi dua unit ETS. Kekerapan tren akan ditambah dari semasa ke semasa apabila ETS baharu mula beroperasi. Perkhidmatan ETS Ekspres ke Padang Besar hanya akan berhenti di 15 buah stesen atau hentian bermula dari KL Sentral.
“Laluan tren dari KL Sentral ke Padang Besar berlepas pada pukul 9:30 pagi dan dijangka tiba pada pukul 3:00 petang manakala, perjalanan dari Padang Besar ke KL Sentral pula bertolak pada pukul 4:00 petang dan sampai 9:15 malam. Harga tiket untuk perjalanan sehala adalah RM80.00,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak KTMB hari ini.
Dalam pada itu, menurut kenyataan pegawai KTM itu lagi, perkhidmatan tren ETS Transit Ipoh ke Butterworth ke Padang Besar dan sebaliknya telah bermula semalam. Perkhidmatan transit ini akan berhenti di kesemua 24 stesen dari Ipoh ke Padang Besar.
Nyatakan laluan perkhidmatan tren elektrik (ETS) yang telah diperkenalkan oleh KTMB.
Berikut merupakan modul raman UPSR 2017 bagi Bahasa Melayu Pemahaman.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com