Pelaksanaan PAJSK bermula september 2017
Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) merupakan salah satu komponen yang ditaksir dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Terdapat pelbagai kriteria dalam menentukan markah dalam pentaksiran ini.
3 komponen yang ditaksir adalah.
- SEGAK (Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan)
- Kokurikulum
- Ekstra Kokurikulum
SEGAK
- Ditaksir 2 kali setahun iaitu Mac dan Ogos untuk murid tahun 4 hingga 6.
- Senaria Ujian adalah BMI, Naik Turun bangku, Tekan Tubi, Ringkuk Tubi Separa dan Jangkaun Melunjur.
Kokurikulum (Kelab, Unit Beruniform, Permainan)
- Untuk Kokurikulum, hanya markah tertinggi yang diambil daripada penglibatan murid dalam kokurikulum samada kelab, unit beruniform, dan permainan.
- Markah adalan 110 markah ( Penglibatan 50 markah, Penyertaan 40 markah dan Prestasi 20 markah)
- Markah yang diperolehi murid berbeza kepada penglibatan penyertaan dan prestasi bergantung kepada jawapan, komitmen, dan pencapaian.
Ekstra Kokurikulum
- Satu aktiviti yang dilaksanakan secara sukarela sama ada pada waktu atau luar waktu sekolah yang bermanfaat dan terpuji.
- Aspek ekstra kokurikulum adalah melibatkan perkhidmatan, anugerah daripada badan-badan , khidmat masyarakat dan program NILAM.
Untuk melihat maklumat, contoh laporan dan contoh pengiraan markah PAJSK ini boleh rujuk di bawah ini.
Pada tahun 2017, PAJSK juga perlu diisi secara online oleh guru berdasarkan pencapaian dan prestasi murid.
Aplikasi PAJSK ini boleh diakses melalui laman di bawah ini.
PAJSK ini beroperaso pada tempoh yang berbeza berdasarkan murid tahun 6 dan murid tahun 4 serta 5. Bagi tahun 6, tempoh operasi aplikasi PAJSK ini adalah bermula 19 september 2017 hingga 31 oktober 2017. Bagi murid tahun 4 dan 5 pula, sistem PASJK ini beroperasi bermula 1 november 2017 hingga 15 Disember 2017.
Boleh rujuk surat siaran di bawah.
Pihak sekolah perlu mengambil kira beberapa faktor bagi pengisian PAJSK ini. Antaranya adalah data segak dan data kokurikulum melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6.
Bagi tahun 6, markah kiraan bermula 1 Januari 2017 hingga 21 Oktober 2017 manakala bagi murid tahun 4 dan 5, dikira bermula 1 januari 2017 hingga 15 Disember 2017.
Kiraan markah kokurikulum dikira berdasarkan gred purata terkumpul bagi dua tahun 2015, 2016 dan 2017.
Bagi calon UPSR, Sijil Pelaporan PAJSK dan Sijil pelaporan Segak dicetak dan diserahkan kepada murid tahun 6 bersama keputusan UPSR nanti.
Bagi murid tahun 4 dan 5, rumusan pelaporan perlu disimpan sebagai rekod.
Rujuk surat siaran di bawah.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com