Peperiksaan Akhir Tahun Bahasa Melayu Tahun 1 Semakan 2017 K2
Sesi persekolahan semakin sampai ke penghujungnya. Sebelum bermula cuti sekolah, murid perlu melalui ujian/peperiksaan terakhir iaitu Peperiksaan Akhir Tahun yang menilai apa yang telah dipelajari oleh murid sepanjang setahun berada di sekolah.
Boleh dijadikan latih tubi ataupun bahan kepada guru sebagai persediaan menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun. Perkongsian ini melibatkan soalan peperiksaan akhir tahun bahasa melayu tahun 1 semakan 2017.
Berikut merupakan contoh soalan.
Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah mempunyai semangat cinta akan (1) _______________________. Banyak cara yang boleh kita lakukan. Sewaktu perhimpunan sekolah, kita hendaklah berdiri tegak sambil menyanyikan (2) ___________________________. Seterusnya, kita juga perlu menghormati (3) _______________________________, bendera negara kita.
Selain itu, semasa membeli-belah, kita sepatutnya membeli barangan buatan (4) _________________________. Akhir sekali, kita mestilah menghormati pemimpin (5) ___________________________ kerana mereka sangat berjasa.
Aku sebuah tabung. Aku diperbuat daripada (1) ___________________. Di atas kepalaku ditebuk lubang untuk mengisi duit syiling.
Setelah siap dibuat, aku dihantar ke sebuah kedai kraf (2) _______________. Di sana, aku dipamerkan bersama-sama dengan barang-barang lain. Pada suatu hari, aku telah dibeli oleh seorang wanita. Aku hendak dihadiahkan kepada anaknya sempena hari lahir. Wanita itu hendak mendidik anaknya berjimat (3) ______________________.
Selepas membayar hargaku, aku pun dibawa pulang ke (4) ____________________. Kini, aku sudah mempunyai tuan. Tuan aku bernama Yunus. Yunus menyangkut aku pada dinding biliknya. Setiap hari, Yunus akan memasukkan baki wang sakunya ke dalam (5) ______________________. Aku berasa sangat gembira kerana dapat membantu tuan aku menyimpan wang.
Berikut merupakan soalan peperiksaan akhir tahun bahasa melayu tahun 1 kssr semakan 2017 kertas 2
Ujian Akhir Tahun BM Tahun 1 KSSR Semakan Penulisan
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com